Khamis, 12 Januari 2012

Mikroorganisma dan Kesannya kepada Kehidupan

Jenis-jenis Mikroorganisma  

NOTA 

Mikroorganisma
1.
Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mikroorganisma hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop.
2.
Terdapat 5 jenis mikroorganisma  iaitu:

(a)
bakteria.

(b)
virus.

(c)
protozoa.

(d)
kulat.

(e)
alga.
3.
Habitat (tempat tinggal) mikroorganisma ialah dalam air, tanah, udara dan organisma hidup yang lain.

Bakteria 

1.
Bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya.
2.
Terdapat empat kelas bakteria:

(a)
Basilus - berbentuk rod (Contoh: Bacillus subtilis)

(b)
Kokus - berbentuk sfera (Contoh: Streptococcus thermophilus)

(c)
Vibrio - berbentuk koma (Contoh: Vibrio cholerae)

(d)
Spirilum - berbentuk skru gabus
3.
Saiz bakteria adalah antara 0.5 - 10 mikron
4.
Cara pemakanan:

(a)
Saprofit - mendapat makanan daripada jirim organik yang mati/mereput.

(b)
Parasit - mendapat makanan daripada organisma yang masih hidup.
5.
Cara pernafasan:

(a)
Respirasi aerob - menggunakan oksigen

(b)
Respirasi anaerob - tanpa menggunakan oksigen.
6.
Cara pembiakan:

(a)
Aseks - belahan dedua

(b)
Dalam keadaan tidak sesuai, bakteria membentuk spora.


Virus
1.
Bentuk virus - berbentuk geometrik dengan satu selaput proteinmengandungi satu asid nukleik ( DNA atau RNA).
2.
Terdapat tiga jenis bentuk virus iaitu rod, berudu dan sfera.
3.
Saiz virus adalah antara 0.002 - 0.4 mikron.
4.
Virus merupakan mikroorganisma yang paling kecil.
5.
Virus hanya boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
6.
Sifat virus:

(a)
Hanya boleh hidup dalam sel hidup - semua virus adalah parasit.

(b)
Di luar sel hidup, virus membentuk hablur.

(c)
Virus tidak makan, berkumuh, bernafas atau bergerak balas.


Kulat

1.
Sifat-sifat kulat:

(a)
Tiada klorofil.

(b)
Saiz - lebih besar daripada virus dan bakteria.

(c)
Ada yang unisel (contoh: Yis - ragi) dan ada yang multisel (contoh mukor - kulat roti)
2.
Cara pemakanan:

(a)
Saprofit

(b)
Parasit
3.
Cara pembiakan: aseks - penunasan

Alga                                                               
1.
Mempunyai klorofil - boleh menjalankan fotosintesis.
2.
Habitat - di dalam air atau tempat lembap.
3.
Boleh jadi unisel dan multisel.


Protozoa
1.
Saiz - antara 5 - 520 mikron.
2.
Merupakan mikroorganisma yang terbesar.
3.
Mempunyai bentuk yang berbeza-beza.
4.
Habitat - hidup bebas dalam air, lumpur.
5.
Cara pemakanan:

(a)
Parasit (contoh - plasmodium)

(b)
Saprofit ( contoh - ameba)

(c)
Autotrof - membuat makanan sendiri (contoh euglena)


Faktor yang Mempengaruhi Aktiviti Mikroorganisma
NOTA 
1.
Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma ialah:

(a)
Suhu

(b)
Kelembapan

(c)
Nilai pH persekitaran

(d)
Keamatan cahaya

(e)
Nutrien


2.
Suhu

(a)
Pada amnya, suhu yang rendah akan mengganggu dan merencat aktiviti mikroorganisma tetapi tidak membunuh mikroorganisma.

(b)
Pada suhu tinggi antara (80 –100) ºC, mikroorganisma terbunuh kerana pada suhu tinggi, enzim pada mikroorganisma akan ternyahasli

(c)
Ada mikroorganisma  yang tahan terhadap suhu tinggi dan membentuk spora.

(d)
Untuk membunuh semua bakteria dan sporanya, suhu melebihi 120 ºC digunakan.


3.
Kelembapan

(a)
Mikroorganisma sesuai hidup dalam keadaan kandungan air di antara (15-20)%.

(b)
Dalam keadaan tanpa air, mikroorganisma akan membentuk spora yang tahan keadaan kontang. Spora akan bercambah dan menjadi aktif, apabila kelembapannya sesuai.


4.
Nilai pH

(a)
Setiap mikroorganisma mempunyai nilai pH optimum yang sesuai untuk hidup dan pertumbuhan.

(b)
Ada mikroorganisma yang boleh hidup dalam keadaan berasid dan ada yang boleh hidup dalam keadaan beralkali.

(c)
Kebanyakan mikroorganisma mempunyai pH optimum yang neutral atau hampir neutral, iaitu 6.5 – 7.5.


5.
Cahaya

(a)
Keamatan cahaya yang tinggi boleh membunuh mikroorganisma.

(b)
Sinar ultraungu di dalam cahaya matahari boleh membunuh mikroorganisma.

(c)
Mikroorganisma aktif dalam keadaan gelap dan lembap.


6.
Nutrien

(a)
Nutrien diperlukan oleh organisma untuk pertumbuhan, membiak dan menjalankan aktiviti sel.

(b)
Kekurangan nutrien boleh menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma terencat.

Tiada ulasan: