Khamis, 5 April 2012

SABAR ITU INDAH

             
           


               Rasul-rasul Ulul Azmi adalah 5 orang. Antara sekian ramai rasul yang paling tinggi darjatnya kerana paling banyak menerima musibah ialah Nabi Nuh alahis salam contohnya yang berdakwah selama 950 tahun hanya mempunyai pengikutnya seramai 80 orang sahaja (purata dalam 12 tahun hanya seorang pengikut). Terpisah dengan anak dan isterinya yang derhaka dan menongkah banjir besar yang meneggelamkan seluruh dunia ketika itu.


             Manakala Nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan isteri yang dicintainya iaitu Siti Hajar dipadang pasir yang kering kontang tika itu,diperintahkan oleh Allah untuk menyembelihkan anak lelaki kesayangannya dan dilontarkan kedalam api oleh Raja Namrud.

                Begitulah juga dengan Nabi Musa dan Nabi Isa alahis salam,mereka mereka ini telah menghadapi pakej ujian dan musibahnya yang tersendiri.


                Istimewanya Rasulullah SAW,baginda lah rasul yang paling banyak diuji .sejak awal kelahirannya sehingga lah saat saat kewafatannya ,Namun apakah senjata Rasulullah saw bagi menghadapi semua itu? Apalagi kalau bukan SABAR. Sabar itu cukup indah.tetapi dimanakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar?...ya bukan mudah ..untuk tersenyum ketika ditimpa musibah dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah.Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan,Apakah kita mampu tersenyum?...Mengapa yang sukar ,pahit dan pedih itu dikatakan indah?
                Untuk mendapatkan jawapannya,lihatlah kehidupan Rasulullah saw .Wajahnya sentiasa gemilang dengan senyuman.Langkahnya sentiasa yakin dan tenang,Air mukanya sangat menyenangkan sehingga tidak kelihatan walau sedikit jua pun tanda tanda pembohongan.


                  Anas bin Malik radi'allahu 'anha menceritakan bahawa betapa indahnya kehidupan Rasulullah saw melalui hadis ini.

“Aku melayani Rasulullah saw selama 10 tahun,Demi Allah beliau sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku "hus!" Beliau juga tidak pernah mengatakan kepadaku sesuatu seperti "kenapa kamu kerjakan itu? Kenapa kamu tidak mengerjakan ini"(riwayat muslim).

          "sabrun jamil"..itulah yang diucapkan oleh Nabi Yaakub ketika berhadapan
dengan ujian kehilangan anak anaknya (Nabi Yusuf dan Bunyamin).
Firman Allah yang bermaksud :




(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia(Nabi Yaakub): "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (surah yusuf ayat 83)
                Ya semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada dihujung jalan tetapi ada di sepanjang jalan.jalan menuju sabar yang indah itu pun sudah indah.Alhamdulillah ..