Rabu, 10 Oktober 2012

Isnin, 16 Julai 2012

Marhaban Ya Ramadhan


Petikan hadis tentang puasa di bulan Ramadhan.

Kelebihan Ramadhan


Diriwayatkan daripada Abu Huraira R.A katanya : Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pinti Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan dibelenggu".


"Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu".



Khamis, 5 April 2012

SABAR ITU INDAH

             
           


               Rasul-rasul Ulul Azmi adalah 5 orang. Antara sekian ramai rasul yang paling tinggi darjatnya kerana paling banyak menerima musibah ialah Nabi Nuh alahis salam contohnya yang berdakwah selama 950 tahun hanya mempunyai pengikutnya seramai 80 orang sahaja (purata dalam 12 tahun hanya seorang pengikut). Terpisah dengan anak dan isterinya yang derhaka dan menongkah banjir besar yang meneggelamkan seluruh dunia ketika itu.


             Manakala Nabi Ibrahim terpaksa meninggalkan isteri yang dicintainya iaitu Siti Hajar dipadang pasir yang kering kontang tika itu,diperintahkan oleh Allah untuk menyembelihkan anak lelaki kesayangannya dan dilontarkan kedalam api oleh Raja Namrud.

                Begitulah juga dengan Nabi Musa dan Nabi Isa alahis salam,mereka mereka ini telah menghadapi pakej ujian dan musibahnya yang tersendiri.


                Istimewanya Rasulullah SAW,baginda lah rasul yang paling banyak diuji .sejak awal kelahirannya sehingga lah saat saat kewafatannya ,Namun apakah senjata Rasulullah saw bagi menghadapi semua itu? Apalagi kalau bukan SABAR. Sabar itu cukup indah.tetapi dimanakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar?...ya bukan mudah ..untuk tersenyum ketika ditimpa musibah dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah.Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan,Apakah kita mampu tersenyum?...Mengapa yang sukar ,pahit dan pedih itu dikatakan indah?
                Untuk mendapatkan jawapannya,lihatlah kehidupan Rasulullah saw .Wajahnya sentiasa gemilang dengan senyuman.Langkahnya sentiasa yakin dan tenang,Air mukanya sangat menyenangkan sehingga tidak kelihatan walau sedikit jua pun tanda tanda pembohongan.


                  Anas bin Malik radi'allahu 'anha menceritakan bahawa betapa indahnya kehidupan Rasulullah saw melalui hadis ini.

“Aku melayani Rasulullah saw selama 10 tahun,Demi Allah beliau sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku "hus!" Beliau juga tidak pernah mengatakan kepadaku sesuatu seperti "kenapa kamu kerjakan itu? Kenapa kamu tidak mengerjakan ini"(riwayat muslim).

          "sabrun jamil"..itulah yang diucapkan oleh Nabi Yaakub ketika berhadapan
dengan ujian kehilangan anak anaknya (Nabi Yusuf dan Bunyamin).
Firman Allah yang bermaksud :




(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia(Nabi Yaakub): "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (surah yusuf ayat 83)
                Ya semoga kita terus bersabar dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin keindahan bukan hanya ada dihujung jalan tetapi ada di sepanjang jalan.jalan menuju sabar yang indah itu pun sudah indah.Alhamdulillah ..

Khamis, 16 Februari 2012



Memupuk dan membangunkan sebuah budaya saintifik di kalangan rakyat kita suatu usaha yang sangat penting dalam kerja besar kita untuk membangunkan sebuah tamadun baru bagi bangsa kita. Kita baru lepas merayakan ulangtahun kemerdekaan yang ke-50. Rakyat kita yang beragama Islam baru pula lepas melalui sebulan berpuasa – suatu latihan moral dan spiritual yang penting. Kedatangan Islam di zaman Muhammad sendiri membawa kita memasuki suatu era baru – Era Sains dan Teknologi. Itulah makna perintah ‘baca!’ kepada Nabi Muhammad. Dengan membaca, kita mengetahui; dengan mengetahui, kita boleh buat; dengan membuat, kita mendapat hasil dan mencapai kejayaan. Pendek kata, kita boleh mengubah nasib kita dan mengubah dunia tempat duduk kita. Inilah pula makna dan implikasi mertabat manusia sebagai khalifah di Bumi.
 
              Jangan lupa kebangkitan bangsa Arab dalam abad-abad ketujuh hingga ketiga-belas, di bawah inspirasi dan ransangan ajaran Quranlah, yang telah memperkenalkan sains kepada dunia Eropah dan Barat dalam abad-abad ketiga-belas hingga keenam belas. Kemudian Eropah mengambil-alih pimpinan tamadun dari tangan orang Islam, yang mulai saat itu telah jatuh, kerana telah mengabaikan tanggungjawab mereka memimpin dunia.

Jangan takut dengan perkataan ‘saintifik’. Ia hanya bermakna ilmu yang sahih. Setelah tidur berabad-abad lamanya dan dijajah oleh bangsa-bangsa Eropah, umat Islam telah bangkit semula dan menuntut kemerdekaan. Kemerdekaan bermakna bebas dari kaum penjajah untuk menentukan nasib kita sendiri dalam semua bidang: politik, ekonomi dan lain-lain. Tetapi, pada akhirnya, kebebasan itu suatu sifat minda. Jika minda kita tidak bebas dari segala bentuk kongkongan, maka kita tidak akan dapat membentuk sebuah kehidupan yang bebas baik dari segi apa pun. Inilah makna tauhid: bebas dari segala bentuk perhambaan, kecuali kepada Yang Maha Berkuasa.
Baru-baru ini, seorang putera Malaysia telah menyertai dua orang angkasawan lain untuk naik ke angkasa lepas dan membuat kajiana saintifik di sana. Idea Malaysia menerokai angkasa lepas dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir. Kita bernasib baik, kerana pimpinan negara kita dari awal telah mendukung dasar budaya saintifik. Ini tidak semestinya telah berlaku, kerana banyak negara Islam menganut sikap menolak budaya saintifik Barat, kononya, sikap demikian tidak selaras dengan ajaran Islam. Untungnya, kita sudah pun memperukunkan dasar ini dalam Rukunegara. Ini boleh kita anggap satu kejayaan yang besar.

Namun demikian, kita mestilah menerapkan budaya saintifik ini ke dalam semua sektor kehidupan kita supaya kita mencapai kejayaan yang sepenuhnya. Ramai yang masih menganggap sains dan agama tidak serasi. Ini tidak benar. Alam Semesta, termasuk manusia, yang diciptakan oleh Tuhan, bersifat jasmaniah dan rohaniah. Aspek jasmaniah dikaji oleh sains, sedangkan aspek rohaniah ditangani oleh agama. Lambat-laun, kedua-duanya akan bertemu. Iman dan akal dan akal dan iman tidak harus dan tidak boleh dipertentangkan.(Lihat Quran, 10: 100) Kedua-duanya, pada asanya, satu. Oleh yang demikian, kita harus kaji adakah kehidupan rohaniah kita bercanggah dengan sains, dan adakah kehidupan jasmaniah kita bercanggah dengan tuntutan agama.
Ambil contoh, kehidupan politik. Adakah sistem politik kita sesuai dengan tuntutan atau ajaran agama? Empat nilai agama yang utama ialah kebenaran, keadilan, kasih-sayang atau kerahiman dan kesabaran dan ketekunan. Nyatalah penyelewengan, penipuan, rasuah, pembaziaran, kezaliman dan kegopohan dan ingin mengambil jalan mudah, yang kerap berlaku dalam sistem politik kita, bertentangan dengan ajaran agama kita. Kita perlulah membetulkan penyelewengan-penyelewengan ini.
Demikianlah juga dengan bidang-bidang kehidupan kita yang lain: ekonomi, kewangan, pendidikan, undang-undang, kehakiman dan lain-lain. Kita perlulah membetulkan apa-apa peneyelewengan dengan segera. Kalau tidak, bangsa kita akan dihukum. Kita akan ditimpa kegagalan yang lebih besar.
Alihkan pandangan kita kepada aspek kehidupan rohaniah kita pula. Kaji perkara yang terpenting dalam sistem kehidupan itu, iaitu pandangan hidup tauhid. Apakah makna tauhid? Pembebasan dari segala perhambaan, kecuali perhambaan kepada Tuan Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah s.w.t. Pembebasan ini perlu supaya kita boleh memainkan peranan kita sebagai khalifah sepenuhnya, yakni menentukan nasib kita sendiri tanpa diganggu oleh kuasa-kuasa lain (yang palsu) dan mengubah dunia ini menjadi tempat penghunian yang bahagia bagi manusia. Firman Tuhan, “Tuhan telah membeli daripada orang mukmin jiwa dan harta mereka dengan Syurga. Mereka berjuang di jalan Allah, sanggup membunuh dan dibunuh. Demikianlah janji-Nya di dalam Taurat, Injil dan Quran – dan siapakah yang menunaikan janjinya lebih baik daripada Tuhan? Ini kemenangan yang paling besar.” (Quran, 9: 111)

Kita jangan silap sangka bahawa bangsa-bangsa besar, seperti Amerika Syarikat dan Eropah, akan terlepas dari hukuman Tuhan. Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua merupakan hukuman-hukuman yang dahsyat kepada bangsa-bangsa Barat. Amerika Syarikat , Britain dan beberapa sekutu mereka sedang dibakar di Afghanistan dan di Iraq. Apa yang menanti kita, seluruh manusia, mungkin kehancuran yang lebih besar. Oleh itu, demi kelangsungan kehidupan kita di dunia ini, kita mesti membetulkan kesilapan-kesilapan kita dan mencari jalan yang lurus balik kepada Tuhan, supaya kita berjaya.
Catatan Editor : / Tulisan ini dipetik dari blog www.kassimahmad.blogspot.com disiarkan semula di MajalahSains.Com dengan kebenaran penulisnya Dr Kassim Ahmad.

Rabu, 15 Februari 2012

Tokoh-tokoh Sains Islam



Jabir ibn Hayyan/ Geber (sekitar 103H/721 M-200 H/815 M)
Pelopor Ilmu Kimia Islam, seorang sufi dan syiah. Karya utama: Seratus Dua belas Buku, Tujuh Puluh Buku, Buku Kesetimbangan. Menulis juga tentang: logik, filosofi, ilmu medik, guna-guna (occult), fizik, mekanik, dan bidang-bidang lain.


Abu Yusuf Ta’qub ibn Ishaq al-Kindi/alkindus (sekitar 185 H/801 M-260 H/873 M)
Filosofi arab pertama, pendiri mazhab peripatetik Islam Menguasai bahasa syria, yunani. Menulis 270 makalah tentang: logik, filosofi, fizik, matematik, muzik, ubat-ubatan dan kehidupan binatang.

Hunain ibn Ishaq/ Joannitius (184 H/810 M-263 H/877 M)
Cendekiawan Kristen Penerjemah karya-karya Yunani dan Syiria ke dalam Bahasa Arab. Seorang dokter. Menulis karya tentang: astronomi, meteorologi, dan filosofi

Tsabit ibn Qurrah (211 H/826 M atau 221 H/836-288 H/901 M)
Ahli matematik, astronomi. Menulis juga tentang: astronomi, teori bilangan, fizik dan cabang matematik lainnnya. Penerjemah besar Teori “getaran” (trepidation) sangat berpengaruh di abad pertengahan Barat.

Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi /algorime (w. 249 H/863 M)
Ahli matematik terbesar Islam. Karya: al-jabar (al-jabr wa al-muqabalah) Penulis tentang geografi dari kalangan muslim yang pertama.

Muhammad ibn Zakariya al-Razi/ Rhazes (sekitar 251H/ 865 M-313 H/925 M)
Doktor klinik terbesar Islam, ahli filosofi dan ahli kimia Karya mediknya: al-Hawi (pengendalian diri), naskah tentang cacar dan Campak (De Pestilentia/De Peste). Karya Kimia: Rahasia Segala Rahasia

Abu Nasr al-Farabi/Alpharabius (sekitar 258 H/870 M-339 H/950 M)
Ahli filosofi, Muslim pertama yang mengklasifikasi sains, ahli teori muzik, dan seorang sufi. Menulis juga tentang fizik, matematik

Abu al-Hasan al-Mas’udi (w 345 H/956 M)
Tokoh ensoklopedik Sejarawan, ahli geografi, ahli geologi dan ahli zoologi. Karya: Padang Rumput Emas dan Tambang Batu Permata

Abu Ali al-Husain ibn Sina/Avicenna (370 H/980 M-428 H/1037 M)
Gelar: Syaikh al-Rais Ahli ilmu kedoktoran, filosofi, dan teologi Karya utama dalam ilmu kedoktoran: Qanun, dan Kitab al-Syifa

Abu Ali al-Hasan ibn al-Haitsam/ alhazaen (sekitar 354H/965 M-430 H/1039 M)
Ahli fizik. Menulis juga tentang matematik, fizil, astronomi, ilmu medik dan bidang-bidang lainnya. Karya utama: Optics

Abu Raihan al-Biruni (862 H/973 M-sekitar 442 H/1051 M)
Karya: India (tentang agama hindi, sains dan adat istiadat India abad pertengahan) Kronologi Bangsa Kuno (tentang penanggalan dan hari-hari raya berbagai bangsa) Qanun (dalam astronomi), dan Elemen Astrologi. Tulisan lainnya tentang fizik, geografi, matematik, mineralogi, astronomi dan astrologi.

Abu al-Qasim Maslamah al-Majrithi (W. sekitar 398 H/1007 M)
Ahli kimia yang menulis juga tentang astronomi, matematik.

Abu Hamid Muhammad al-Ghazali/Algazel (450 H/1058-505-1111 M)
Ahli teologi dan sains agama Karya utama: Ihya ulum al-Din Menulis juga tentang logik dan filosofi (Maqshid al-falasifah, Tahafuth al-falasifah).

Abu al-Fath Umar ibn Ibrahim al-Khayyami (Umar Khayyam)
Sufi, gnostik, dan penyair besar. Ahli matematik, filosofi. Menulis juga tentang bidang geometri, fizik, sastra (rubaiyyat)

Abu al-Walid Muhammad ibn Rusyd/ Averroes(520 H/1126 M-595 M)
Ahli hukum agama, kedoktoran dan filosofi

Nashiruddin al-Thusi (597 H/1201 M-672 H-672 H/1272 M)
Ahli astronomi, matematik, teologi, filosofi.

Quthbuddin al-Syirazi (634 H/1236M-710 H-1311 M)
Komentator Qanun, karya medik Ibn Sina. Karya tentang optik, geometri, astronomi, geografi, filosofi dan ilmu agama. Karya ensikopedik tentang fizik dan atronomi.

Abd al-Rahman Abu Zaid ibn Khaldun (732 H/1322 M-808 H/1406 M)
Tulisannya tentang matematik, teologi, dan metafizik. Karya terbaiknnnya tentang sejarah. Dikenal sebagai ahli ilmu humaniora dan kebudayaan. Karya: Kitab al-‘Ibar (judul lengkap: Contoh dan Catatan tentang asal peristiwa mengenai bangsa Arab, Persia, barber, dan orang sezaman mereka, yang mempunyai kekuasaan besar), selain mengupas tentang afrika Utara diawali dengan Muqaddimah.

Baha’ al-addin al-Amili (953 H/1546M-1030 H/1621)
Ahli teologi, sufi, matematik, arkitek, ahli kimia, ahli guna-guna (occultisme).

Sumber: Seyyed Hosein Nasr, Sains dan Peradaban di dalam Islam, (Bandung: Pustaka, 1997), h. 23-41 & http://ruhullah.wordpress.com


Isnin, 13 Februari 2012

WAJA A 2011


Modul 3 Tema 1

WAJA A 2011


Modul 2 Tema 1

WAJA A 2011

 Modul 1 Tema 1

Ahad, 12 Februari 2012

Senarai semak Fail Panitia


PK 15/1
SEKOLAH KEBANGSAAN ...............................................................................

SENARAI SEMAK ISI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN

PANITIA  : .................................................................................................

BIL.
PERKARA
ADA
TIADA
CATATAN
Lengkap
Tidak Lengkap

1.

Takwim :
a.    Mesyuarat
b.            Perjumpaan kecil
c.            Ujian / Peperiksaan
d.            Program / Aktiviti
e.            Perkembangan Staf  






2.

Struktur  Organisasi






3.

Biodata dan maklumat guru






4.

Jadual
a.  Jadual Peribadi Guru
b.            Jadual penggunaan PSS
c.            Jadual penggunaan bilik khas
d.            Jadual amali solat






5.

Minit Mesyuarat
a.   Kurikulum
b.   Panitia
c.   Laporan perjumpaan kecil






6.

Headcount Mata Pelajaran






7.

Program Peningkatan Mata Pelajaran
a.   Kertas Kerja Program
b.   Laporan Penilaian Program






8.

Peperiksaan Awam
a.    Takwim Peperiksaan
b.   Laporan analisis keputusan mata pelajaran






9.

Peperiksaan Dalaman
a.    Takwim peperiksaan dalaman
b.    Jadual penyediaan soalan
c.    Jadual penentu ujian
d.    Laporan analisis keputusan mata pelajaran
e.    Format kertas dan skima pemarkahan










BIL.
PERKARA
ADA
TIADA
CATATAN
Lengkap
Tidak Lengkap

10.

Senarai Buku Teks    






11.

Senarai Buku Rujukan






12.

Senarai Bahan Bantu Mengajar






13.

Jadual
a.    Semakan Kerja Murid
b.    Pencerapan guru






14.

Perkembangan Staf
a.            Jadual Kursus
b.            Laporan Kursus
c.            Bahan Edaran





Item (b) dan (c) disimpan di dalam fail Perkembangan Staf.


15.

Pemantauan Sukatan Pelajaran






16.

Pekeliling
a.            Sekolah
b.            Pejabat Pelajaran Daerah
c.            Lembaga Peperiksaan Malaysia
d.            Majlis Peperiksaan Malaysia
e.            Jemaah Nazir
f.                         Kementerian Pelajaran Malaysia.






17.

Anggaran Perbelanjaan






18.

Persatuan Akademik






19.

Kajian Tindakan






20.

Sukatan Pelajaran





Dalam Poket Fail

21.

Rancangan Pelajaran





20.

Soalan Ujian / Peperiksaan.





Disemak oleh :                                                                                         Disahkan oleh :


................................................................                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                ...................................................................
Ketua Panitia                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Guru Besar/Penolong Kanan

Tarikh  : .............................................                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Tarikh  : .............................................