Rabu, 11 Januari 2012

16 Fakta Mengagumkan Kajian Sains


Kajian Sains selalu memberikan misteri buat kita semua. Masih banyak fakta-fakta menarik yang tersembunyi yang terkadang di luar dugaan kita.

Manusia sebagai makhluk yang selalu ingin tahu telah membuka banyak pintu dan masih akan terus mengungkap kebenaran.

Inilah 16 dari berjuta-juta fakta sains mengagumkan lain yang mungkin korang semua belum tahu.


1. Kuku tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.

2. Pengguna tangan kanan rata rata hidup sembilan tahun lebih lama dari orang kidal.(hoh betul ke ni)?

3. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.


4. Korang tidak akan boleh bunuh diri dengan menahan nafas (kalau korang melakukannya sampai tak sadarkan diri,korang akan mulai bernapas normal secepatnya).

5. Di satu inci persegi kulit manusia terdapat 20 juta makhluk mikroskopik.




6. Armadilo adalah satu-satunya makhluk hidup bukan manusia yang boleh menderita kusta. Ada juga kes penularan penyakit ini dari armadilo ke manusia.

7. Seekor siput boleh tidur 3 – 4 tahun selama masa dia tidak memerlukan makanan.

8. Zirafah boleh hidup lebih lama tanpa air daripada unta.

9. Nyanyian paus bungkok akan berubah secara dramatis dari tahun ke tahun, tetapi setiap paus di seluruh samudera selalu menyanyikan lagu yang sama dengan yang lainnya.

10. Gaya yang diperlukan untuk mengangkat kedua dua kaki dari pasir apung dengan kecepatan satu sentimeter per minit sama dengan gaya yang diperlukan untuk mengangkat kereta berukuran sederhana.


11. Untuk menguji keaslian mutiara, korang boleh menggosokkan cuka ke permukaanya. Komposisi dari mutiara akan membuatnya menggelembung dengan cepat.

12. Ikan mash yang diletak di tempat gelap akan berubah menjadi putih. Dan kalau bukan kerana pengaruh makanan, mereka akan berubah menjadi putih seluruhnya.

13. Tidak seperti lebah lainnya, penyengat ratu lebah tidak berduri dan boleh digunakan berkali-kali tanpa melukainya.

14. Pasir apung tidak dengan cepat membunuh manusia kerana biasanya tidak terlalu dalam. Faktanya, sangat sulit membebaskan diri dari pasir apung dan inilah yang menyebabkan kematian.

15 Tiram boleh berubah antara jantan dan betina.

16) Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.

P/s : itu antara serba sedikit info mengenai kajian oleh pakar sains diseluruh dunia.Sebenarnya banyak lagi fakta2 menarik yang kita boleh dapat kalau kita rajin mencari dan membaca.

"More learn more explore"

Khamis, 5 Januari 2012

DOA TAHUN BARU


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.



Doa Awal Tahun:
Maksudnya:

        Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

           Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Wassalam daripada saya, semoga kita dapat berkongsi ilmu berguna ini.

Wallahualam bi shawab

Rabu, 21 Disember 2011

Ujian untuk otak anda.



Otak Kanan – Kreatif ,konseptual,inovasi,gambar,warna,muzik,irama,melodi
Otak Kiri : Matematik, Logik, Sistematik,Analisa, Membaca
Jom membuat ujian samada anda menggunakan otak kanan atau otak kiri.
UJIAN: Sila sebutkan WARNA bukan TULISAN.


OTAK KANAN : Berusaha mengucapkan WARNA

OTAK KIRI : Berusaha mengucapkan TULISAN.

Ahad, 18 Disember 2011

PEKA SAINS TAHUN 6

PEKA Sains Tahun 6

Selasa, 13 Disember 2011

TELUR BERDIRI TEGAK


Telur berdiri tegak ketika gerhana bulan penuh baru-baru ni 10 Disember 2011. Mohd Ezli Mashut Journalist TV Selangor telah membuat sebuah eksperiment mengenai daya tarikan graviti ketika gerhana bulan penuh pada jam 10.45 malam. Menurut beliau:

Bumi akan mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang lebih besar. Keadaan ini berlaku ketika gerhana matahari bila bulan di antara matahari dan bumi. Pada kedudukan ini, telur yang berada di bumi, mengalami daya tarikan graviti dari matahari dan bulan yang paling kuat dari tempat lain.Oleh kerana itulah, telur yang berada di bumi akan berdiri kerana mengalami daya tarikan graviti yang kuat.
Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak. Ianya berlaku kesan daripada kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan sewaktu gerhana yang menyebabkan wujudnya tarikan graviti ke ke atas.
Dalam keadaan ini, putih telur dikatakan tertarik ke bahagian atas manakala kuning telur yang sedikit berat berada di bahagian bawah sekaligus mewujudkan keseimbangan. Prinsip yang sama juga berlaku kepada kejadian pasang surut air laut. Jika dalam keadaan gerhana, di mana bumi, bulan dan matahari berada di dalam satu garisan, maka akan berlakulah air pasang perbani atau disebut juga air pasang besar.