Ahad, 12 Februari 2012

Senarai semak Fail Panitia


PK 15/1
SEKOLAH KEBANGSAAN ...............................................................................

SENARAI SEMAK ISI KANDUNGAN FAIL PANITIA MATA PELAJARAN

PANITIA  : .................................................................................................

BIL.
PERKARA
ADA
TIADA
CATATAN
Lengkap
Tidak Lengkap

1.

Takwim :
a.    Mesyuarat
b.            Perjumpaan kecil
c.            Ujian / Peperiksaan
d.            Program / Aktiviti
e.            Perkembangan Staf  






2.

Struktur  Organisasi






3.

Biodata dan maklumat guru






4.

Jadual
a.  Jadual Peribadi Guru
b.            Jadual penggunaan PSS
c.            Jadual penggunaan bilik khas
d.            Jadual amali solat






5.

Minit Mesyuarat
a.   Kurikulum
b.   Panitia
c.   Laporan perjumpaan kecil






6.

Headcount Mata Pelajaran






7.

Program Peningkatan Mata Pelajaran
a.   Kertas Kerja Program
b.   Laporan Penilaian Program






8.

Peperiksaan Awam
a.    Takwim Peperiksaan
b.   Laporan analisis keputusan mata pelajaran






9.

Peperiksaan Dalaman
a.    Takwim peperiksaan dalaman
b.    Jadual penyediaan soalan
c.    Jadual penentu ujian
d.    Laporan analisis keputusan mata pelajaran
e.    Format kertas dan skima pemarkahan










BIL.
PERKARA
ADA
TIADA
CATATAN
Lengkap
Tidak Lengkap

10.

Senarai Buku Teks    






11.

Senarai Buku Rujukan






12.

Senarai Bahan Bantu Mengajar






13.

Jadual
a.    Semakan Kerja Murid
b.    Pencerapan guru






14.

Perkembangan Staf
a.            Jadual Kursus
b.            Laporan Kursus
c.            Bahan Edaran





Item (b) dan (c) disimpan di dalam fail Perkembangan Staf.


15.

Pemantauan Sukatan Pelajaran






16.

Pekeliling
a.            Sekolah
b.            Pejabat Pelajaran Daerah
c.            Lembaga Peperiksaan Malaysia
d.            Majlis Peperiksaan Malaysia
e.            Jemaah Nazir
f.                         Kementerian Pelajaran Malaysia.






17.

Anggaran Perbelanjaan






18.

Persatuan Akademik






19.

Kajian Tindakan






20.

Sukatan Pelajaran





Dalam Poket Fail

21.

Rancangan Pelajaran





20.

Soalan Ujian / Peperiksaan.





Disemak oleh :                                                                                         Disahkan oleh :


................................................................                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                ...................................................................
Ketua Panitia                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           Guru Besar/Penolong Kanan

Tarikh  : .............................................                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                Tarikh  : .............................................                                                                                                                                                                                                               

Rabu, 8 Februari 2012

5 tips bagaimana mengatasi sikap malas.

·                      Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini disenaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
·         1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya. Apakah faedah daripada sikap
    malas aku ini?
·         2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda
   bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda 'sakit' dengan sikap ini.
·         3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan
    anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin
    kurangnya semangat anda menerusnya.
·         4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda
    membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda
    menghadiahkan anda RM500. Disayangi keluaraga dan teman anda serta ramai lagi yang ingin berkawan dengan
    anda nanti. Anda juga akan dapat ganjaran di sekolah dan guru-guru.
·         5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia
   perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.
Apakah dimaksudkan sifat malas?  
·         Sifat malas adalah tikarnya iblis. Bila kita membiarkan sifat malas ini dengan tidak berusaha memeranginya, maka tikar itu akan semakin lebar, sehingga semakin nyaman iblis bersemayam di atasnya. Kita akan menjadi semakin sukar keluar dari sikap malas itu dan hancurlah kita setinggi apapun ilmu kita, karena akan berakhir tanpa diamalkan.
·         Seringkali kita telah paham tentang ajaran agama, kita sudah paham betul manfaatnya bagi kita, namun seringkali sikap malas melingkupi kita. Kita cenderung menaguh waktu, kita cenderung menuruti rasa hati, menunda-nunda pekerjaan, padahal kita sudah tahu bahwa seringkali kesempatan tidak datang dua kali, kita sudah paham makna surat Al-Ashr, seringkali kita terjebak pada “hanya kata-kata tanpa berbuat”.
·         Bila kita mengingat, Muhammad SAW; begitu sempurnanya akhlaq beliau. Tidak ada waktu yang tersia-siakan; sehingga dalam waktu hanya 23 tahun, beliau mampu membalik keadaan masyarakat. Sungguh besar manfaat yang ditunjukkan oleh beliau di tengah-tengah masyarakat. Beliau adalah seorang pemberani, seorang panglima perang teladan, beliau adalah seorang pedagang teladan, beliau adalah seorang guru teladan, beliau adalah seorang suami teladan, beliau adalah seorang Ayah teladan, beliau adalah sorang anak teladan, beliau adalah seorang imam sholat teladan, beliau adalah tetangga teladan, beliau adalah teman/sahabat teladan, beliau adalah seorang kepala negara teladan.
·         Semua itu menggambarkan bahwa tiada sifat malas sedikit pun, sehingga layaklah beliau menjadi “uswatun hasanah” bagi seluruh manusia setelahnya. Beliau adalah gambaran Khalifah di muka bumi yang sempurna, sehingga beliau menjadi rahmat bagi seluruh alam. Beliau adalah Al-Qur’an berjalan.      
·         Barang siapa diantara kita ingin sukses hidup di dunia sampai akhirat, maka berusaha meneladani beliau adalah merupakan satu-satunya pilihan. Berusaha meneladani akhlaq beliau berarti menghidupkan nur-risalah beliau. Apabila kita berhasil memancarkan nur-Muhammad dalam kehidupan kita, maka seluruh alam akan melayani kita. Karena memang untuk itulah semua ini diciptakan.
           Semoga kita mampu mempersempit “tikar iblis” itu dengan cara memerangi sikap malas kita, agar kita bisa meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amiin.
Allahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammad, wa ‘alaa alihi wa shahbihi ajma’iin.
 Sekian, Terima kasih

Jumaat, 3 Februari 2012

Sambut Maulidur Rasul Tanpa Memusuhi Sunnahnya


     
        Sesungguhnya Maulidur Rasul adalah salah satu komponen daripada Sirah Nabi Muhammad s.a.w., begitu juga dengan persoalan Hijrah baginda Rasulullah dari kota Makkah ke kota Madinah, Israk Mikraj dan lain-lain. Apa yang perlu kita tahu, Sirah Nabi seperti yang dijelaskan oleh para ulama’ sirah adalah pelaksanaan Islam secara praktikal. Matlamat mempraktikkan Islam secara menyeluruh tidak akan tercapai melainkan kita merujuk kepada sirah baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aspek.
        Orang yang paling ketara menyatakan kegembiraan dengan kelahiran baginda Rasulullah s.a.w. ialah bapa saudaranya iaitu Abu Lahab. Pembesar Quraisy itu sanggup memerdekakan hamba sahayanya kerana ingin menyatakan kepada umum bahawa dialah manusia yang paling gembira.
Tidak cukup sekadar itu, Abu Lahab bertawaf mengeliling Kaabah sebanyak tujuh kali.
Apa sebenarnya telah terjadi pada Abu Lahab setelah anak saudaranya itu membawa satu ajaran serta pendekatan yang lain dari apa yang dilakukan oleh masyarakat Makkah ketika itu? Dialah manusia yang mula menunjukkan sikap penentangan secara terbuka kerana mendakwa apa yang dibawa oleh Muhammad itu adalah karut belaka, menyalahi amalan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sejak bertahun lamanya.
         Persoalannya di sini, adakah Allah SWT menerima pengorbanan Abu Lahab dengan hanya menyambut kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.? Jawabnya sudah tentu tidak. Allah tidak melihat kepada aspek sambutan itu, tetapi Dia melihat kepada amalan, cara hidup, pegangan serta akidah umat ini yang selari dengan ajaran yang dibawa oleh baginda, walaupun baginda sudah lama meninggalkan kita.
         Sehubungan itu Nabi bersabda yang bermaksud: “Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).”


Pentingkan aspek luaran
          Apa yang dapat kita saksikan masyarakat umat Islam hari ini, lebih mementingkan aspek luaran sahaja dalam bab agama seperti sambutan Maulidur Rasul (tidak salah menyambutnya selagi menepati selera agama), tetapi pengisian rohaninya dari apa yang baginda ajarkan kepada kita tidak dilakukan dengan sebaik-baiknya, malah kosong dengan roh penghayatan.
         Justeru, ingatlah kepada pesanan baginda yang menjadi inspirasi kejayaan kita di dunia dan akhirat: “Sesiapa yang mahukan kejayaan di dunia, maka hendaklah dia berilmu, jika dia mahukan kejayaan di akhirat, maka dia hendaklah juga berilmu, dan jika dia mahukan kejayaan (dunia dan akhirat), maka hendaklah dia berilmu.”
         Renungkanlah kata-kata hikmat baginda Rasulullah s.a.w seperti yang dijelaskan di atas, yang akan memacu kita semua ke jalan kejayaan sebenar, tidak ada jalan lain, melainkan kitalah yang menjadi pelapis kepada Islam pada masa akan datang, Insya Allah.


Sambutan Maulidur Rasul dan persoalannya
        Para ulama’ kontemporari tidak menolak keharusan menyambut Maulidur Rasul, kerana mungkin sahaja itu boleh dianggap sebahagian dari kecintaan kita kepada baginda, dan kita jadikan kecintaan itu juga adalah kecintaan kepada Allah SWT.
        Walaupun pada zaman kehidupan baginda sendiri tidak pernah menyambutnya, begitulah pada zaman para sahabat, tabi’in dan generasi selepas mereka yang berada pada zaman keemasan Islam.
Mereka berpendapat, bahawa selagi mana sambutan Maulidur Rasul itu boleh menyedarkan manusia dengan pengajaran agama serta menghayati keperibadaan baginda s.a.w., maka selagi itulah ia diterima sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut Islam.
        Apa yang penting, dalam sambutan itu melalui penyampaian kuliah, ceramah atau forum, mengajak kaum muslimin untuk mencintai baginda dalam segenap apa yang dibawa walaupun hati kecil kita kadang-kadang sukar untuk menerimanya.
        Kita juga adalah disaran untuk mengetahui cara-cara untuk mentaati perintah Rasul, mengikut segala arahan dan meninggalkan segala tegahannya, melaksanakan hukum-hakam yang diajarkannya, memperjuang dan memperkasa syariatnya, menyeru orang ramai ke jalan dakwahnya, memperbanyak selawat ke atasnya dan mencintai ahli keluarganya.
        Kesemua aspek di atas tidak akan sampai kepada matlamatnya melainkan dengan adanya penjelasan melalui kuliah dan ceramah agama. Maka sambutan seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah s.a.w., manusia yang agung di sisi Allah SWT.
        Apatah lagi di zaman mutakhir ini, di mana ramai di kalangan umat Islam sudah tidak lagi berbangga dengan akhlak-akhlak yang pernah ditonjolkan oleh para generasi awal di kalangan para sahabat, tabi’in dan tokoh-tokoh ilmuwan Islam, akhirnya tidak memandu mereka ke jalan kebenaran, seolah-olah mereka masih mahu berada dalam kegelapan dan kejahilan, maka berlakulah kegencutan dalam masyarakat.


Perancangan hebat Allah SWT
      Sesungguhnya Maulidur Rasul dengan lahirnya Muhammad bin Abdullah bukanlah satu kebetulan, tetapi ia adalah perancangan hebat daripada Allah Yang Maha Hebat. Ini kerana bayi yang bernama Muhammad ialah dari kedua-dua ibu bapa yang salih, kenapa tidak?
      Allah SWT telah memilih ibunya Aminah dari seorang anak gadis yang suci bersih dari sebarang sifat negatif; ketika ramai di kalangan anak-anak gadis ketika itu terlibat dalam tindakan songsang umpama GRO pada hari ini. Begitulah ayahandanya Abdullah; seorang remaja lelaki yang tidak pernah walau sekalipun menyembah berhala, berjudi, minum arak, berfoya-foya. Ini menunjukkan bahawa pasangan Aminah dan Abdullah adalah pilihan Allah bagi mendapatkan zuriat yang salih.
     Contoh teladan baik lagi positif yang ada pada diri baginda Rasulullah telah bermula sejak pemilihan perkahwinan kedua-dua ibu dan bapanya yang dirancang khusus oleh Allah SWT. Allah mahukan apa yang terbit dari diri baginda adalah contoh teladan yang baik lagi mulia.
     Justeru, sambutan Maulidur Rasul perlu disambut dengan penyampaian kefahaman Sirah Nabi agar masyarakat dipandu ke arah kesempurnaan hidup. Dalam erti kata, apa yang mereka lakukan adalah berdasarkan kefahaman yang betul dan bukannya atas dasar ikut-ikutan. Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini lebih sebagai amalan adat dan bukan ibadat.
     Apabila peranan ini dapat dilaksanakan lebih dua atau tiga puluh tahun dahulu, maka generasi yang ada pada hari ini adalah generasi khaira ummah yang mampu melaksanakan segala hukum al-Quran dengan semangat sejarah kelahiran Rasulullah atau lebih tepat lagi dengan Maulidur Rasul.