Rasul-rasul
Ulul Azmi adalah 5 orang. Antara sekian ramai rasul yang paling tinggi
darjatnya kerana paling banyak menerima musibah ialah Nabi Nuh alahis salam
contohnya yang berdakwah selama 950 tahun hanya mempunyai pengikutnya seramai
80 orang sahaja (purata dalam 12 tahun hanya seorang pengikut). Terpisah dengan
anak dan isterinya yang derhaka dan menongkah banjir besar yang meneggelamkan
seluruh dunia ketika itu.
Begitulah juga dengan Nabi Musa dan Nabi Isa alahis
salam,mereka mereka ini telah menghadapi pakej ujian dan musibahnya yang
tersendiri.
Istimewanya Rasulullah SAW,baginda lah rasul yang paling banyak diuji .sejak awal kelahirannya sehingga lah saat saat kewafatannya ,Namun apakah senjata Rasulullah saw bagi menghadapi semua itu? Apalagi kalau bukan SABAR. Sabar itu cukup indah.tetapi dimanakah keindahan itu? Bukankah untuk bersabar begitu sukar?...ya bukan mudah ..untuk tersenyum ketika ditimpa musibah dan bukan mudah pula untuk ceria ketika menapak di jalan Allah.Ketika kebenaran yang pahit ingin kita tegakkan dan ketika kemaksiatan yang manis ingin kita tinggalkan,Apakah kita mampu tersenyum?...Mengapa yang sukar ,pahit dan pedih itu dikatakan indah?
Anas bin Malik radi'allahu 'anha menceritakan bahawa betapa indahnya kehidupan Rasulullah saw melalui hadis ini.
"sabrun jamil"..itulah yang
diucapkan oleh Nabi Yaakub ketika berhadapan
dengan ujian kehilangan anak anaknya
(Nabi Yusuf dan Bunyamin).
Firman Allah yang bermaksud :
(Setelah mereka kembali
dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia(Nabi Yaakub):
"(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah
memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika
demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah
mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (surah yusuf ayat 83)
Ya semoga kita terus bersabar
dalam mendidik diri untuk memiliki kesabaran yang indah itu kerana kita yakin
keindahan bukan hanya ada dihujung jalan tetapi ada di sepanjang jalan.jalan
menuju sabar yang indah itu pun sudah indah.Alhamdulillah ..